Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

kakak adik...

citer 1:

due beradik si kakak n adik tgh main...standardlaa sure diselangi atau diakhiri dgn perbalahan..

adik: kakak dodok rumah..
adik: kakak x boleh naik kete..
kakak: nakkkk laaaaaaaa...(dgn nada sedih)
adik: kakak x boleh naik kete
kakak: nakk laaa...(nada masih sedih..)

aku gelak sendirian..uiiyooo..adik gertak kakak..heheh..
x aku nafikan, kekadang aku marahkan kakak adik, aku akan ckp x boleh berjalan, duduk rumah, x boleh naik kereta..x bleh ikut ibu baba keluar..

dan standard kakak yg ratu air mata akan menangiss dgn air mata yg mencurah2...adik plak dgn muke blur je..

citer 2:

seperti biasa, kakak adik akan berbalah dan adik akan gertak kakak..

adik: kakak x boleh naik kete...
kakak: nak laaaa..(nada sedih..)

yang kelakarnye tiap kali si adik gertak, kakak akan dgn nada sedih nak ikut jugak...aku pon saje la cuba leraikan depa..

ibu: adik, ape adik ni..kenapa je..

adik mengerling ke arah ku, sambil peluk tubuh..

adik: ibu x boleh naik kete...

aku serta merta tergelak..

ibu: haa? ibu x boleh naik kete?
adik: aaaa..ibu x boleh naik kete...
ibu: abess sape yg drive??? ahhahahahahah

citer 3:

aku dan tersayang sibuk layan movie kat tv area...sementara adik kakak sibuk kuar masuk bilik mainan depa...sambil2 tu sibuk juga cuba ckp2 dgn ibu baba...

aku dan tersayang yg mulenye layan, akhirnye jd cam..iskk...ape je adik kakak nak nih...ibu dan baba nak tengok tv....pi main...

tiba2 kakak p kat baba...

kakak: bla bla bla bla..
baba: ... (xde reaksi sbb focus sgt tgk tv..hehe..)
kakak: bla bla bla bla...
baba: .. (masih focus...)
kakak: hish..malas la nak ckp dgn baba...

aku yang ade sebelah kakak terus terkasima..uiyooooo..keluar dr mulut kakak tu...kelakar plak..hhahahha..

Tuesday, March 09, 2010

bad day!

arghh.. hari ini hari tensi aku..aku boleh terlepas flight?? boleh tak?? tensi tensi..disebabkan aku xnak bermalam or dok hotel mane2, baget nak balik hari je..letih mmg la letih..tp aku x sanggup tinggalkan puteri kami sorang dan x sanggup nak tinggalkan tersayang semalaman bersendirian jaga puteri kami....

aku supposely kena bagi training kat penang, diramalkan training tu amik mase stgh hari..since g penang ni byk flight + sehari 4/5 kali ulang alik..so no problem ar kalau nak book tiket gi n balik hari yang same...aku punye training start kul 9:30am, so aku amik flight kul 7:40am..meaning by 6:40am i haf be at the airport for check in la kan..aku bangunlaa kul 5:15am, siap2 bertolak dgn teksi kul 6am..so sampai pon tepat2 kul 6:40am..check in and then p surau solat subuh..pastu breakfast, mahal pon mahal la, aku baget sampai2 kang sure aku terus kena present, x sempatnye nak makan ke ape..

so aku sampai airport penang around kul 8:40am, sampai kat KOMTAR kul 9:20am..tapi aku x jumpe jalan masuk p ofis daa..boleh tak? isk macam2, nak wat camne ni 1st time aku sampai ofis sini, mmg aku x reti la.. berpusing cari ofis tu, dgn ngankut beg laptopnye, berat tu, sakit2 bahu aku..akhirnye aku jumpe, siap kena turun balik la p kat park guard amik kad lawatan..actually kalau teksi tadi hantar je aku kat entrance ofis ni dah senang dah, tp die hantar aku kat entrance mall tu..isk..sabau je la..

so mengah2 gak la aku sampai ofis tu, tengkat 58 tu, sib baik ada lif, kalau menapak, x sampai lagi aku walau diberi mase sehari suntuk.. ahhaha.. briefing dijalankan dan spt yang aku jangka x mengambil mase sampai stgh hari pun..by kul 12pm, aku dah ronda2 mall KOMTAR tu..flight balik kul 320pm, aku decide tu terus g airport je (sempatla rempat jeruk2 penang..heh), awal la kirenye aku sampai airport..kul 1 lebih aku dah tercangguk kat airport..amik tiket check in, pastu aku start laa jd bohsan..disebabkan bosan yang amat sgt, aku bukak laptop n try2 ada tak free wireless..and after beberape attempt, dapat jugak.. yeay.. aku siap buat alarm kat tepon supaya aku x leka..manela tau kan aku ni dah la letih, dibuatnye mamai2 ke..sebnarnye takot terlalai layan internet..

satu mase tu aku siap cek jam, tp awal lagi belum kul 3 pon...ntah aku salah tengok xtau la..leka internet, dan sbbkan aku totally rely on my alarm..selagi x bunyik, xdela kan..tau2 aku nak masuk check in, pegi kat pintu gate, pramugara bertugas kate aku dah terlambat..kapal tebang ada je depan tu tp depa dah regangkan connection laluan tu sbb die dah nak gerak..aku jadi blur..depa kate depa buat pengumumman 2 kali, siap umum nama lagi..tp aku bleh x dengar tu..

dgn pasrahnye, aku proceed dkt kaunter tiket n tukar tiket n kenala fine RM100..aku nak nangis je rasenye, tp x gune gak..sia2 je..dgn longlai, aku balik amik seat and dok bersandar kelesuan..aku cek alarm aku, apsai x bunyik..set dah betul kul 3pm..belek punye belek, laaa kui 3pm hari rabu je die bunyik..so hari ni selasa, die x bunyik la..sengal tak? x pasal2 aku miss flight..ni agaknye setting aku yang ntah bile laa aku buat..aku juz tukar timing je, x tau plak ade day jugak..isk..

keletihan..dgn sakit hati, sakit kaki..sakit kepala..semua sakit la ada..aku tunggu utk flight seterusnye kul 5:35pm...niat di hati nak ganti ZzzZZzz, tp x dptla..kali ni aku set alarm betul2..mmg xnakla kan pisang berbuah dua kali..haru daa..

dan alhamdulillah aku sampai umah kul 7 lebih..mmg flat ar..sib baik puteri kami gumbira je semalam, tido pon aku soh tersayang yang tido kan..aku mmg flat..tido awal, tp keletihan plus sakit badan semua x ilang..aku punyelaa risau terlepas flight pagi tu, haru ar sbb semua dah dipanggil semua kalau x jadi dtg..tp end up balik kl laks tertinggal flight..tu laa x pasal2...

moral of the story, jgn leka sgt..kalau set alarm tu, make sure betulllll punye setting..huhuhu..idak haruu..

Tuesday, October 09, 2007

L.O.T.R - version melayu....
must watch..hhehehe...

Thursday, June 08, 2006

citer ni lawak lamaa ikutkann..aku amik dr aman punyer website..tp sbb aku mmg suke sgt lawak ni..tu psl aku paste gak kat sini..heheh..

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Wednesday, January 05, 2005

Menarik utk dibaca....

Tuhan Terlepas Satu Hari?
Oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)


"All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake. All systems seems to be normal and Medan airport is still open." Demikianlah kata-kata pengawal lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

Mengganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menontot BBC World News di bilik hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.

Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba talifon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia berbunyi:

Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang ramai.

Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.

Penulis menjawab balik SMS tersebut:

Tuhan menunggu lebih 1400 tahun untuk melaksanakan ayat-Nya. Namun apabila dilaksanakan, Tuhan terlepas satu hari! Sila sebarkan kepada orang ramai agar kita sama-sama ketawa. Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan tersebut mereka berkata "padan muka" kepada mana-mana kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab Allah turun kerana mereka itu orang Syi'ah yang sesat!"

Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar. Ini kerana:

1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur'an sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka kehendaki.

2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah, mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan keburukan.

3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh berbeza dengan kehendak manusia.

Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:

1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.

2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi Allah.

3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan. Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh para mujahidin.

4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa azab.

5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.

6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jatidiri mereka.

7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya. Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian, sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian.

Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain, kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua itu
adalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita juga tidak boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang
pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita yang terselamat daripada musibah, sama ada kita mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya.

Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia terselamat daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.

Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada musibah? Sudahkah kita menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?

Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah", umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam suasana kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi penyelamat.

Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang dituntut oleh Islam:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Baqarah 2:148]

Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa
yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Maidah 5:48]

Thursday, October 23, 2003

Renungkanlaa peristiwaa dibawah..semoga ia menjadi iktibar buat kite semua....

Kisah hidopku yang Malang



Kisah hidupku bermula di sebuah pub terkenal di ibu kota. Aku ditempatkan di suatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong.. Yaaaa.., aku masih ingat nama itu.., dialah yg memiliki kami.

Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Apa yg aku ingat.., setelah itu Joe menghampiri dan membawa aku pergi. Aku resah meninggalkan kawan-kawan yang lain. Mereka hanya mampu melemparkan pandangan sayu penuh impati. simpati padaku dan jugak pada diri mereka sendiri. Kerana mereka sedar mereka juga bakal menerima nasib yang sama.

Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.. Sungguh indah pemandangan bandaraya ini. Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan.. Tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa.. Joe tiba-tiba berhenti.., melabuhkan punggung sambil tersenyum, menyeringai seolah-olah ada sesuatu yg sedang mengeletek nafsunya..

Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku.., dilurut-lurutnya berkali-kali.. Aku rimas diperlakukan begini. Namun apakan daya.., sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.

Joe semakin rakus..aku dikucupnya berkali-kali.. terasa sekujur tubuh ku membahang.. menjalar hingga ke bahagian puting.. Uhhh. TIDAK!!!.. Raungan itu hanya mampu berkumandang di benakku.. tubuhku semakin longlai dikerjakan Joe. Sampainya hatimu Joe.. engkau manusia berhati binatang.., syaitan bertopengkan manusia..

Joe menghela nafas panjang.., bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. Apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Apakah dia kini menyesal? Syukurlah jika begitu.. Masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis..

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. Entah berapa kali jam ditangan direnunginya.. Sayup2 kedengaran beberapa suara.., seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.

Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini.. Aku resah dengan renungan itu.. Renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.., Roy. Begitu juga dengan yg lain2.. Jack, Poie dan sigemuk.., Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe.. Dan tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. Dari tangan ke tangan aku berpindah. Aku dikucup.., diisap.., diramas sepuas-puasnya.

Aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. Seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. Tubuh ku dikecap mereka sepuas hati dan akhirnya setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang.

Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..aku diperlakukan lebih hina daripada seekor anjing..Kenapa manusia begitu kejam? Tidakkah mereka sedar.. Aku juga punya harga diri. Syaitan2 itu tak mungkin akan mengerti.. Kini.., tinggallah aku sendirian.. Menangis.. Merintih.. Mengenangkan nasib hidupku. Ya.. Inilah nasib hidupku...............







Itulah aku
SEPUNTUNG ROKOK.



sial..aku terkenaa...

okok pon ade maruahh beb..punyelaa ganaihhh erk jantannn2 penghisap okok nih..muahahhaha..